23 Julai 2010

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

10 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam.

Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri.

Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan.

Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'?

Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini?

Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Minta MUFTI PERAK betulkan kepincangan akidah pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu jelas terpesong. Setelah brjaya membtulkan kepincangan tersebut barulah difikirkan tentang penyatuan.

Apa-apa pun tolong perbetulkan persepsi MUFTI terhadap agama Islam fahaman mufti. Adakah ianya selari dengan kehendak Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Adakah MUFTI Perak betul-betul amanh dengan ilmu yang dimiliki?

Rakyat sudah bijak membuat penilaian sispa MUFTI sebenernya.Bayangkan majlis-majlis yang dihadiri MUFTI ketandusan pengunjung kecuali yang bersongkok hitam tinggi itupun kerana terpaksa hadir. Buktinya apa berlaku di masjid Tinggi bila bilangan kerusi lebih banyak dari yang hadir

MUFTI HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG2 berkata...

SALAM,
MUFTI PERAK SEPATUTNYA MEMINTA PEMIMPIN2/AHLI2 UMNO BERTAUBAT NASUHA DAHULU KERANA MENGHALALKAN JUDI DI MALAYSIA.

SELAIN ITU MUFTI JUGA SEHARUSNYA BERJAYA SANA SINI MENTARBIAH AHLI2 DAN PEMIMPIN2 UMNO AGAR JANGAN MENZALIMI SESAMA ISLAM TERUTAMA PAS DAN PKR, TERMASUK SAUDARA SE ISLAM ANWAR IBRAHIM AGAR TAK KENA BALA KEHINAAN OLEH ALLAH DI DUNIA INI, LEBIH2 LAGI DI AKHIRAT, PERBUATAN UMNO INI AKAN MENGUNTUNGKAN MUSUH ISLAM YG SEJAK 50 TAHUN DAHULU BERADA DI SEKELILING UMNO, MEMBODEK UMNO UNTUK DPT PROJEK, DAN BILA DAH KUAT EKONOMINYA AKAN MENGGIGIT DAN MEMBAHAM UMNO TANPA BELAS KASIHAN.

MENGINGATKAN PEMIMPIN2 UMNO BAHAWA DOA ORG2 YG DI ZALIMI PASTI AKAN DI MAKBULKAN ALLAH SEBAGAIMANA YG BERLAKU PD UMNO SKRG...

MUFTI JUGA HARUSLAH SANA SINI BERDAKWAH KPD WANITA2 UMNO SUPAYA MENUTUP KEPALANYA...AURAT TU MAK CIK PAK CIK FELDA OII, TERUTAMA YG BERBONJOL KELUAR RAMBUTNYA MCM UNTA ITU...

MUFTI JUGA HARUSLAH SANA SINI MENEGUR KERAJAAN ROSMAH INI SUPAYA MEMBERI LIPUTAN YG ADIL DLM MEDIA UTUSAN MEROYAN DAN BERITA HARUAN (MAKAN MELAYU) AGAR DI LIHAT DEMOKRATIK DAN ADIL KERANA KEADILAN ITU DEKAT DGN TAQWA MUFTI OIII.

AKHIR SEKALI, MUFTI HARUSLAH SANA SINI MENYERU RAKYAT MALAYSIA MEMBERI SOKONGAN KPD ORG2 BIJAK PANDAI AGAMA YG TERDAPAT DLM PARTI PAS, SUPAYA APABILA PEMIMPIN DEKAT DGN ALLAH, MENGGUNAKAN KUASANYA UNTUK BERLAKU ADIL, TIDAK MENCURI WANG RAKYAT, MAKA RAKYAT MALAYSIA AKAN MENIKMATI HIDUP SEPERTI DI SYURGA (DUNIA) ADANYA... WALLAHHUA'LAM BISSAWAB...

Awanama berkata...

sibuk nak ajak perpaduan PAS-UMNO, satukan UMNO dulu yang sekarang berbalah sesama sendiri, berbalah jawatan, pangkat, kemasyuran projek dan lain2.
tak tau ler mana kredibilitinya sebagai seorang mufti, ketika kerajaan yang dipilih oleh rakyat digulingkan, senyap seribu bahasa, apa yang menyedihkan, bila isu judi bola hangat diperkatakan, tak ada kenyataanpun yang keluar dari mulutnya, walhal budak PASTI pun tahu judi itu haram, semacam ada yang coklat yang ada dalam mulutnya untuk membolehkannya bersuara, tepuk dada tanya iman, dimana anda sebagai seorang mMUFTI?

Awanama berkata...

Harap-harap mufti harussani sedar. Rakyat sekarang dah celik ilmu, tak payah nak gunakan agama untuk kaut kekayaan dunia. Meluat saya tengok.

Betul kata Mufti Hidung tak mancung Pipi tersorong2. Mungkin mufti & keluarga hidup senang sekarang sebab jadi tukang ampu UMNO, tapi jangan lupa doa rakyat yang teraniaya akibat ketaksuban kawan-kawan mufti menindas kehidupan rakyat akan sampai juga. Kaya sekejab kat dunia, kat akhirat nanti kami tuntut.

Awanama berkata...

apa pentingnya penyatuan umno dan pas. sekiranya umno benar-benaar ikhlas hendak kepada islam, mp umno sepatutnya buat satu usul untuk mengubah perlembagaan negara dengan meninggikan kuasa mahkamah syariah dan semua orang islam hendaklah di hukum dibawah mahkamah syariah bukan sivil, saya rasa sudah pasti semua mp pas akan menyokong usul itu. tak payah nak bersatu. dengan cara itu,hukum Allah akan dapat
dilaksanakan. sepatutnya mufti kena beri nasihat kepada umno begini bukan nak satukan orang melayu yang nampak kepada semangat assobiah tu.