28 Julai 2010

Guru siswazah dibenarkan berpolitik semula

15 Syaaban 1431H.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Catatan : Sepatutnya kebenaran ini sudah lama dibenarkan kerana ternyata tumpuan kepada politik diluar sekolah tidak menganggu tugas seorang guru di sekolah. Tambahan pula sememangnya warga pendidik sudah lama dipolitikkan, misalnya untuk meramaikan sesuatu program anjuran BN sehingga guru dan muris-murid diangkut dengan bas .

Cuma yang dibimbangkan yang berpolitik menyokong BN dan UMNO tidak akan diganggu, dan yang menyokong Pakatan Rakyat akan diganggu. Inilah sikap double standard yang berlaku sebelum ini yang saya rasa akan berterusan walaupun sudah ada kebenaran berpolitik.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu..

Tanpa Nama berkata...

Saya dah bosan dgn kementerian pendidikan... setiap kali tukar menteri pendidikan, mesti ada perubahan yang menyusahkan guru2 & pelajar. Cthnya, kelas lompat, BI untuk Mat & Sains, isu yuran sekolah, org politik jgn masuk sekolah libatkan student tp BN boleh dijemput untuk rasmikan majlis... YB tahu tak berapa tender untuk buku2 teks utk matapelajaran Mat & Sains? Akhirnya, kroni yang kaya. Guru2, ibubapa & anak2 yang pening kepala layan kerenah politik BN.

Double standard tu memang tabiat BN. Nak mohon kerja kerajaan/ majlis kena mengaku sokong BN. Kalau sokong PR kn boikot mcm imam masjid wilayah yang jadi saksi saiful tu...

Tanpa Nama berkata...

memang confirm la tu, sblm ni pun kalau guru sokong umno dan terlibat mana mana aktiviti politik, tak pernah kena kacau... tapi kalau yg pi dengar ceramah pembangkang terus kena panggil dek PPd esoknya

Tanpa Nama berkata...

jangan mudah terpedaya..
tahukah tuan kebenaran untuk aktif dan memegang jawatan hanya mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
tak kan nak bertanding jawatan dalam parti pembangkang, KSN nak bagi kebenaran???
undang2 ini sebenarnya hanya menguntungkan umno/bn

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, kebenaran untuk aktif dalam politik hanya gimik BN yang dah ketandusan idea. Nanti KSKP suruh pilih politik atau guru, lainlah jd wakil UMNO.

haluankiri berkata...

Salam YB ....
Fenomena yg UMNO takut selama nie dah pun jd.. kebanyakkan warga pendidik yg cerdik pandai dan bijak menggunakan ilmu tlh .. berpaling kpd PR ... begitu ramai yg telah menyedari slma ini .. akta dan peraturan yang ditakut2kan oleh UBN .. sbnarnya boleh diLAWAn dgn SEPAKAT beralih arah kpd PR ,,, kini .. aku telah lihat ramainya pendidik menukar haluan ke arah PR ... marilah kita sm2 mengubah MALAYSIA ini .. dgn langkah pertama .. kemdian didik anak bangsa untuk ada rasa amanah pd negara ..
Jangan termasuk ke perangkap BN ini .. ini helah terbaru .. setelah usaha memujuk guru GAGAL .. ditukar juga GAGAL .. kini ... buat2 kawan .. buat baik supaya dpt IHSAN warga GURU .. SAY NO to BN ...

budak pencen berkata...

Kalu bagi kebenaran utk bergiat dlm parti2 BN
saja tidak telus.KSN mesti memberi kebenaran kepada guru2 yg mahu menceburi politik pembangkang, baru adil.Dan kpd guru penyokong/penggiat parti pembangkang,jgn hantar
kepengdalaman sebagai mana sekarang.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya diumumkan sekali bahawa boleh menyertai mana-mana parti politik sekalipun,nyatakan juga mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakkan...baru la clear sikit..ini macam nak tengok sapa sokong Bn or PR je...trap..trap..ni..