28 Julai 2010

Kes Kebajikan Puan Rasammah


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 27/7/2010

Pusat khidmat Masyarakat Dun Tronoh telah menererima satu aduan yang menyayat hati dari seorang warga emas yang berusia 70 tahun yang tinggal berseorangan di No 11, Rumah Keretapi,Jalan MTD, Belakang Kg Pasir, 31000 Batu Gajah. Perak. Beliau mempunyai 7 orang anak;6 orang perempuan serta seorang lelaki.

Namun salah seorang daripada anak perempuannya telah meninggal dunia dan anak lelakinya telah menghilangkan diri dan statusnya tidak dapat dipastikan. Kelima-lima anak perempuan telah berkahwin dan berada jauh darinya. Beliau juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Menurut Puan Rasammah, beliau telah mendaftarkan dirinya di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kinta pada 20/11/2007(No Siri Permohonan 977/20/11/07) tetapi beliau telah dirujuk ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Beliau pernah menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah di Dewan Orang Ramai Ara Payung yang juga dihadiri oleh Yb Dato’ Hamidah,ADUN Sungai Rapat.

Puan Rasammah telah mengisi borang maklumat dan diserah kepada pegawai yang hadir. Pada 31/5/2010 beliau telah ke Pejabat Rukun Tetangga Batu Gajah untuk menghadiri satu lagi perjumpaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Sekali lagi beliau diminta mengisi borang maklumat dirinya dan diserahkan kepda pegawai yang hadir.

Beliau kemudian diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan di Batu Gajah sebulan kemudian. Pada 30/6/2010 Puan Rasammah telah pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan seperti diminta. Beliau telah menunggu sejak pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Apabila Puan Rasammah meminta kepada pegawai bertugas kenapa beliau tidak dipanggil, pegawai tersebut berkata fail Puan Rasammah tidak wujud.

YB V.Sivakumar bersama-sama bekas Ahli Majlis Daerah Pakatan Rakyat Encik S.Vijakumar serta Encik Chan Chin Fa telah melawat Puan Rasammah di rumahnya. YB V.Sivakumar berkata selepas berbicara dengan warga emas:

"Ini membuktikan semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah ini adalah sia-sia dan tidak efisyen. Apakah kredibiliti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani serta menyelesaikan masalah warga miskin. Sedangkan ini adalah satu kes yang nyata memerlukan perhatian yang serius." "Tambahan pula pada 13/4/2010 rumah warga emas ini telah musnah 70%.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pergi ke rumahnya dan melihat dengan sendiri kerosakan pada rumah tersebut. Namun setakat ini tidak ada bantuan sesenpun dihulurkan kepada warga emas ini.Malah sejak Puan Rasammah mendaftarkan dirinya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 20/11/2007 beliau tidak pernah menerima apa-apa bantuan pun dari mereka. lebih mengharukan ialah rumahnya boleh runtuh pada bila-bila masa dan ia pasti akan mengakibatkan kecelakaan." tambah YB V.Sivakumar lagi

YB V.Sivakumar juga meminta pihak berkenaan mengambil satu tindakan yang bertanggungjawab kerana warga emas ini terpaksa berulang alik ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan layanan yang diterimanya tidak begitu baik. Adakah Jabatan ini hanya akan mengambil tindakan jika kes ini dirujuk oleh satu badan NGO atau parti politik. Tidak wajar jika jabatan ini boleh mengambil tindakan demi kebaikan orang ramai terutamanya warga emas serta warga miskin?

Sekian

Thiruthani Kannavelo
Setiausaha Media

2 ulasan:

ghebakecik berkata...

Salam,
Sejak kebelakangan ni hampir tak dak langsung paparan kegiatan YB di TT Serong. Dah tak mau jengok rakyat ka? Tak kan tak dak masa langsung kot nak luang masa bersama pengundi............

Tanpa Nama berkata...

Selamat berkhidmat YB V SivaKumar
Bubar DUN Perak !!