24 Julai 2010

Melayu Tonggak Bukan Umno

11 Syaaban 1431 H
Oleh : Nash Ar Rawy

Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno . Ini adalah kerana Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu . PAS dan Umno .Mana-mana parti ini , siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras atau tonggak politik Malaysia.

Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno . Bahkan kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun . Ini membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang memerintah memberikan keutuhan , kesejahteraan dan keadilan untuk ummah dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam .

Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan Pakatan menggantikan Barisan Nasional selepas PRU 13 nanti, insyaAllah . Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah , Pulau Pinang dan Selangor . Ummah lebih maju , terbela dan selamat daripada kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).

Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah . PAS juga berwibawa dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih besar” yakni , menguasai dan menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan , Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan , DAP dan SNAP dalam PAKATAN RAKYAT , insyaAllah ! PAS optimis kali ini.

PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno itu ; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah, salahguna-kuasa , salah-tadbir , perkauman dan kronisme.

Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia . Buktinya, rakyat Malaysia daripada perlbagai kaum telah menolak calun Umno , MCA dan MIC di dalam PRU 12 .

Namun, UBN masih lagi dengan sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang wahal mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing . Lebih kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.

Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada laku , maka lagu perkauman tersebut cuba dimainkan pula oleh Perkasa ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti.

Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC . MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.

Hanya PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini ; bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam ; iaitu, “ Rahmatan lil ‘alamiin “ ( Rahmat kepada sekalian alam ) tanpa mengira ras, agama dan ideologi politik . “ Islam Just For All “

PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa Melayu , Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .

Semua Presiden Parti dalam Pakatan ; iaitu TGHH, Lim Kit Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama , bangsa dan negara kerana menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan Sains , biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen .

Bahkan parlimen tiada tahu menahu tentang pengkhianatan Umno kepada negara sewaktu dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara . Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.

Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di atas teras keadilan Islam untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum .

Bahkan PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000 bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS . Iaitu, DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS . Ini bererti PAS sudah mendahului politik Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk semua .

Umno masih lagi sempit dengan minda perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS . PAS tiada bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik ( tahaluf siasi) dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN yang tiada berteraskan perkauman .

2 ulasan:

jin.guragas berkata...

melayu tunggak, umN0 tunggul, bungol...

Tanpa Nama berkata...

Dicadangkan bubarkan Parlimen sekarang bagi memilih wadah perjuangan melayu pasti terjawab . Pasal ketuanan Melayu ni dibisingkan bila UMNO dah nazak, yang dikhuatiri kalah dalam PRU ke 13 nanti. dia syok senri pada masa ni kerana menguasai kerajaan persekutuan itupun gayah. SAMA SENRIPUN DAH BERTELAGAH; DENGAN KOMPONANPUN TAK SEBULU SERAWAK DAN SABAHPUN RASA KELIRU..
APA TANDA TU...

UMNO selama ni syok sendiri kononnya ia pejuang melayu walahal Nama Parti diapun bunyi asing" UNITED MALAY NATIONAL ORGASATION" perbendharaan kata bangsa apa tu dah 46 tahun bunyi macam tu. Kalau bunyi Waa...ak itu kerbau bunyi Moooooh..itu lembu ..semua orang boleh bezakan bunyi..