24 Julai 2010

RON95 tetap tak dijual kepada kenderaan asing

11 Syaaban 1431 H

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan dengan pendaftaran asing tetap dilaksana pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.

"Alasan bahawa mereka memerlukan masa tidak timbul kerana pengharaman penjualan itu tidak membabitkan sebarang perubahan pada stesen minyak dan memerlukan penggunaan duit.

"Bukan saya tidak mahu layan permintaan mereka tetapi harap mereka faham hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi itu hanya pada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan Persatuan Penjual Petrol agar kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan larangan itu selama sebulan bagi membolehkan pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan asing menyesuaikan diri dengan peraturan itu.

Ketika mengumumkan penyelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula minggu lalu, kerajaan turut menyatakan bermula 1 Ogos ini kenderaan dengan pendaftaran asing hanya dibenar membeli petrol RON 97 yang tidak lagi diberi subsidi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tempoh yang diberi oleh kerajaan itu adalah memadai untuk pengusaha stesen minyak melaksanakan peraturan berkenaan kerana ia membabitkan perubahan besar.

Sementara itu, mengulas kenaikan harga gula, beliau berkata kenaikan sebanyak 25 sen bagi setiap kilogram itu tidak bertujuan membebankan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata langkah itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat pada kalangan rakyat yang pada masa ini menggunakan pemanis itu pada kadar yang tinggi.

"Sebab itu kerajaan cuma naikkan 25 sen sebab kami faham rakyat masih gunakan gula. Tapi apa yang perlu diubah ialah kurangkan pengambilan gula dalam makananan," katanya yang sebelum itu menemui persatuan pengguna, di Putrajaya.

Beliau berkata, langkah kerajaan itu turut disokong persatuan pengguna yang bimbang dengan amalan hidup rakyat negara ini.

"Malah ada juga yang menganggap kenaikan ini terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan lebih tinggi lagi. Ada pula yang memberikan cadangan supaya subsidi gula dihapuskan," katanya.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hangat-hangat tahi ayam je tu YB...
berapa byk petrol pump kat negara nie?
berapa byk pula penguasa yg nak memantau?
tengok aje kat tambak johor tu... beratur kereta2 nak masuk singapore beli minyak kat malaysia... kalau tak isi kat tambak johor tu, boleh isi kat johor jaya, stulang, skudai.
Rakyat Malaysia diperbodohkan aje...

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,

Juruwang mana sempat nak tgk no plat keta?
mesti ada yng terlepas jugak nanti.
nak naikkan harga barang / nak tarik subsidi boleh tp cukai pendapatan rakyat malaysia mansuhkan lah.
Cukai abik, duit petronas abik, untung perindustrian abik, tp rakyat susah juga. Asyik nak fikir anak tekak Pemimpin UMNO memanjang. Macam mane rasuah nak dimansuhkan? lg merebak adalah...

Tanpa Nama berkata...

Memang dasar umno, kalau nak naik kan harga barang atau tarik subsidi..ada saje alasan bodoh yang diberikan...takut rakyat malaysia kencing manis mintalah jab. kesihatan selidik dan mencegah...kalu minyak nak naik turunkan lah tol ke, harga kereta ke...baru lah rakyat tak terbeban nie tanpa ada solution untuk rakyat, kerajaan terus menerus mencekit leher rakyat...ini lah masanya rakyat bersuara...kerajaan 50 tahun memerintah...bukan harus tapi wajib ditukar....