28 Ogos 2010

Nik Aziz Sifatkan Tunjuk Perasaan Anti Malaysia Memalukan

17 Ramadhan 1431H.

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan".

Mursyidul Am Pas itu berkata sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang memalukan Malaysia tp saya tak rasa Najib & Pemimpin BN terasa malu sbb mereka takde perasaan kenegaraan. Yang mereka tahu macam mana nak rompak duit & menipu rakyat.

Kalau dulu kita marah Mantan Tun Mahathir membazirkan wang rakyat untuk Putrajaya, tapi Najib lagi teruk ~ pembangunan takde tapi duit negara memanjang berkurang. Beli helikopter, helikopter meletup. beli kapal selam, kapal selam rosak... Sekupang dua agak nya pada dia, walhal duit tu boleh cover subsidi petrol, tol dan barang keperluan rakyat.

Bila lah nak pilihanraya nie?

Tanpa Nama berkata...

jgn suruh mula p/raya lg. blum ckup umur lagi nih. bg la lagi 4 bulan baru bule p/raya

Tanpa Nama berkata...

kepada pengundi2 baru...pilihlah yang sebeno2nye
"Hidup Islam Hancor Jahiliyyah!"

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum yb..,

Penunjuk perasaan rakyat Indonesia menghina bendera Malaysia memang menyentuh perasaan kita, namun isu yang dibangkitkan adalah pekara kecil yang telah diselesaikan.

Persoalannya mengapa ia masih berterusan..? Pekara ini mesti dikaji secara terperinci sebelum kita menyuarakan rasa patriotik terhadap negara.

Kalau dalam negara, kita amat maklum bahawa UMNO mampu melakukan berbagai tipu muslihat yang bertujuan agar rakyat tertipu menyebabkan menyokong mereka demi meneruskan kekuasaannya.

Peristiwa menghina bendara membuatkan kita rasa curiga, apakah UMNO tidak terlibat dan bersubahat bersama sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta....?

Kalau kita nilai kedudukan UMNO ketika ini dengan peristiwa itu tujuan nya tidak lain cuma mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap pekong yang telah terdedah dalam negara. Disamping itu mereka mahukan rakyat lupa segala kejahatan mereka tapi mengharapkan rakyat terus bersatu dan menyokong UMNO di Malaysia, tak gitu...?

Walau apa pun yang berlaku pada kedutaan Malaysia di Indonesia itu kita serahkan pada kerajaan Malaysia untuk menguruskannya.

Jika Indonesia datang menyerang Malaysia... maka itu adalah saat nya kita perlu bangkit melawan tanpa rasa takut mati. Kita lawan dan usir UMNO serta Indonesia dari bumi Malaysia.