12 Ogos 2010

Ramadan : Mesjid dan Surau terima sumbangan

Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil mesjid.

Drs. Khalil menyerahkan sumbangan kepada sebuah surau yang terletak dalam DUN Titi Serong.

PARIT BUNTAR, 9 Ogos :- Satu majlis Penyampaian bantuan Pengimarahan Mesjid dan Surau Parlimen Parit Buntar telah diadakan di Mesjid Sungai Kota di sini. Sumbangan tersebut melibatkan keseluruhan 26 Mesjid dan 70 Surau yang terletak dalam Parlimen Parlimen Parit Buntar. Program Tersebut dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Mengimarahkan Ramadhan yang dilantik oleh PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, ADUN Titi Serong dan ADUN Kuala Kurau.

Semua Wakil-wakil dari semua Mesjid dan Surau tersebut telah hadir untuk menerima sumbangan. Hadir sama dalam Program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Harun Hj. Hashim, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, YB. Ab. Yunus Jamhari dan pimpinan PAS Kawasan yang lain.

ADUN Kuala Kurau sedang menyerahkan sumbangan.


Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YDP PAS Kawasan . Sesudah itu diteruskan dengan Ucapan dari YDP PAS Kawasan, ADUN Kuala dan Titi Serong dan terakhir ucapan dan tazkirah dari Ahli Parlimen Parit Buntar.

Selepas Solat Isya secara berjemaah yang diimamkan oleh ADUN Titi Serong, Majlis penyampaian diadakan. Selain itu jamuan ringkas kepada para tetamu diadakan selepas program tersebut.

Tiada ulasan: