06 September 2010

Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3

26 Ramadhan 1431H.

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

Awanama berkata...

TV3 ni skg dah bangang sebab kuat sangat ampu dan jilat bontot pemimpin yang bodoh....bukannya peduli hal sensitiviti agama terutamanya Islam...memang jahanam la anak haram puak-puak TV3 yang keluarkan iklan ni.....cepat-cepat la melingkup.

hafizdnsh berkata...

Betul...iklan hari raya paling buruk dalam sejarah pengiklanan TV#

Awanama berkata...

TV3/4 (tiga suku)

Awanama berkata...

Mana pergi unit agama TV3 ustaz alias dan kru jejak rasul, mana hilangnya peranan jakim, mana bisunya majlis mufti dan mana pula Ikim (patut mengajar ummah memahami islam dan syariat dan batas-batas agama).

Apakah Najib dibenar ijtihat satu malaysia boleh campur aduk budaya syirik dan syariat agama Islam. Majlis Mufti atau mufti sendiri sewajarnya mengeluarkan kenyataan mengenai iklan itu. Apa kah ianya dianggap perkara remeh temeh perlu dinyatakan. Pemerhati membuat kesimpulan penyiaran seperti itu disebabkan stesyen tv masing-masing berlumba untuk menonjolkan iklan kreatif dan mungkin akan ditabal sebagai pemenang kategori iklan.

Syabas orang perseorangan dan pimpinan PAS yang perihatin tentang sesuatu berbentuk dajjal muncul dikhalayak dari masa kwesemasa. Maka wajarlah PAS diunjurkan sebagai parti berorientasikan kepimpinan ulamak.

Awanama berkata...

Pihak yang mencipta iklan ini memang jahil.

benci TV ampu berkata...

memang vodo tahap bebal ..