25 September 2010

ZAINUDIN MAIDIN GAGAL MEMBEZAKAN ANTARA DOGMATISME UMNO DAN PAS

15 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shukre Sulaiman

Kenyataan bekas Menteri penerangan Dato Zainuddin Maidin bahawa pas berdasarkan sejarahnya merupakana parti yang berteraskan perkauman dan keagamaan dogmatik merupakan satu ungkapan berniat menghasut yang penuh kejahilan dan kedangkalan .

Dari Perspektif islam dogmatism merupakan kepada denyut nadi kepada kekuatan dan kelangsungannya. Sudah tentu setiap ajaran dan hukum –hakam islam ialah satu dogma (kepatuhan tanpa persoalan ).

,dengan tidak mempersoalkan apa yang diturunkan oleh kitab suci al-quran dan sunah rasullah s.wt jauh sekali untuk bersifat perkauman kerana ajaran islam itu bersifat universal tidak terkongkong dengan unsur-unsur rasisme,

islam sama sekali –sekali melarang penganut-penganutnya untuk membezakan warna kulit kerana setiap muslim itu adalah bersaudara dan setiap rakyat yang berlainanan bangsa dan agama wajib diberikan hak dan keadilan kepada mereka. itulah dogma sebenar yang menjadi sandaran kepada perjuangan PAS selama ini .

Bagaimana PAS boleh dikaitkan dengan rasisme /perkauman sedang melayu tidak menjadi agenda dan teras kepada perjuangannya melainkan islam itu menjadi agenda utama iaitu menjadikan al-quran itu sebagai perlembagaaan sedangkan UMNO sebut sahaja pada nama nya jelas agenda melayu menjadi keutamaan

dibawah bayang-bayang inggeris ( United Malay National Organisations ) bukan satu bentuk sindiran atau fitnah tetapi suatu realiti yang yang terpahat didalam sejarah ,

mengapa tidak diberi nama melayunya mungkin pengaruh inggeris itu sudah terlalu lama meresap kedalam urat –saraf mereka atau mungkin jenab sudah menjadi janet , wahida sudah menjadi wanda atau mungkin umno itu sendiri tidak pernah pasti dengan identitinya .

Seharus ,Dato Zainuddin Maidin tidak meyebut persoalan dogmatisme kerana sesungguh sudah jelas dogma umno itu ialah melayu, walaupun UMNO itu bukanlah perkataan melayu dan mungkin itu adalah kekuatan yang ada pada UMNO masih lagi melayu kononnya walaupun sudah lama diInggeriskan.

Ironinya pada hari yang yang sama Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan menyatakan bahawa Umno tidak akan melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan perkasa pada hari sabtu ini di stesyen kereta api Pasir Mas sedangkan PERKASA dianggap ekstrim oleh rakan-rakan mereka dikalangan MCA dan MIC.

Tuduhan Dato Zainudin Maidin bahawa PAS merupakan parti perkauman dan ekstrim ( keagamaan dogmatik ) sama sekali tidak dapat mencipta rasa takut kepada kaum-kaum lain sebaliknya apa yang mahu dilakukan oleh mereka telah menimbukan rasa kurang senang dikalangan sahabat-sahabat mereka dikalangan MCA dan MIC terutama dengan penglibatan ahli UMNO didalam aktiviti PERKASA .

Nyatakan sekali tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Zainudin Maidin merupakan tuduhan liar dan dangkal dan diluar dari realiti sebenar dan seharusnya beliau berasa malu dengan penyataan-penyataan sedemikian.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Untuk zainudin maidin, ngapalah dah jadi menteri pun bodoh lagi, tak dapat nak bezakan antara perjuangan/dasar pas dengan umno. anak maidin oi hang tak usah la nak sibuk-sibuk pasai pas, hang jaga la parti reput hang tu, nanti terkoyak pulak lagi susah, sat gi semua oghang nampak apa yang ada dalam peghut hangpa tu, (mahathir kata oghang umno ni busuk sampai ke usus).