22 Oktober 2010

Calon PAS: Dr Zulkefli atau Pandak Panjang Ey?

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abdul Rahim Sabri

Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Pandak Panjang Ey.

Salah seorang daripada mereka disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS jam 9 malam ini di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang.

PAS akan mengumumkan malam calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan dua nama yang disebut-sebut ialah.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Pandak Panjang Ey adalah seorang jurutera.

Menurut sumber-sumber PAS, kedua-dua calon tersebut adalah antara sepuluh calon yang diserahkan oleh PAS Kelantan kepada PAS Pusat untuk pertimbangan.

Kata sumber lagi, mereka juga merupakan calon yang mengisi dua tempat teratas dalam senarai calon itu dan disebut-sebut mewakili PAS dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

Malaysiakini difahamkan tiga lagi nama yang turut disenaraikan ialah naib yang dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong; setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad; dan ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang juga dijadual hadir dalam majlis pengisytiharan calon malam ini.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Awanama berkata...

MANA CALON ORANG ASLI? KATA NAK CALONKAN ORANG ASLI..NI GUE MARAH NI..MACAM NI TAK NAK SOKONG PAS LAH..CAKAP BOHONG SOKMO. BORING..(KOMEN WAKSIR)

Awanama berkata...

WAKSIR NI RETI BACA KE TIDAK..??
PANDAK PANJANG EY NI BUKAN ORANG ASLI KE WAK OI..??!!!