22 Oktober 2010

PAS dahului Umno gerak kerja di Galas

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

GUA MUSANG, 20 Okt: PAS terus mendahului Umno dalam melaksanakan gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas apabila melancarkan jentera pilihan rayanya malam tadi.
Sedangkan Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua nahkoda di Galas.

Pertembungan team Tengku Razaleigh Hamzah dengan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian mulai kelihatan sekarang.

Selain itu kehadiran ribuan penduduk tempatan pula memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan veteran parti itu, Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.

Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas kelihatan ramai masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.

Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.

Pelancaran jentera pilihan raya PAS dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kepimpinan PAS negeri dan wakil-wakil rakyat.

Permulaan yang baik itu disifatkan kalangan petugas media memberi kelebihan kepada PAS berbanding dengan Umno yang hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya jentera kerajaan persekutuan.

Datuk Nasuruddin Daud menyifatkan kehadiran begitu ramai malam tadi membayangkan kehendak rakyat Galas bagi mengekalkan momentum Mac 2008.

Katanya dari awal lagi sudah kelihatan semangat pengundi di Galas bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Husam pula menyifatkan tiada rungutan ditimbulkan penduduk bukan Islam di Galas terhadap kerajaan negeri di mana ia menggambarkan penerimaan mereka terhadap kerajaan PAS.

“Orang Cina dan Orang Asli nampaknya berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan negeri. Masalah pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli diselesaikan.

“Biar pun masyarakat Orang Asli berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah tersebut,” katanya pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Dun Galas.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kehidupan masyarakat di Dun Galas, Gua Musang mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia kerana mempunyai komposisi pelbagai kaum dan budaya.

Katanya, penduduk di Galas terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan.

“Teruskan apa yang telah kita lakukan pada pilihan raya umum lalu, manakala bagi yang belum mengundi PAS hendaklah sama membantu bagi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas,” katanya.

Timbalan Presiden PAS pula membayangkan pilhan raya umum ke-13 diadakan lebih awal memandangkan usaha menggula-gulakan rakyat dilakukan perdana menteri ketika membentang Bajet 2011 pada persidangan parlimen Jumaat lalu.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Awanama berkata...

Poodah...orang PAS kalau tulis memanglah tak ada satu yang elok tentang BN dan UMNO. Nak tergelak baca "Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan." Aku nak tanya perjuangan apa yang nak diteruskan? PAS pun sama perangai buruk amalkan kroni

Awanama berkata...

macamla orang Umno/BN tulis yang bai-baik pasal PAS.............piiiiirah mabuk........diam lagi baik la..........orang cakap/tulis siap ader bukti sekali........bukan main siar sekerat2..........pastu canang satu dunia.......

MFI berkata...

umno pula apa perjuangan yang nak diteruskan?pooodah

Awanama berkata...

kepimpinan ulama menjadi model kerajaan yang ada pada hari ini.kami berasa bangga dengan ketokohan tok guru nik abdul aziz.allahuakbar.terus setia membangun bersama islam.para pejuang teruskan segala pergorbanan untuk menegakkan syiar islam.usah pandang pd kebendaan.

Awanama berkata...

tnapa nama pertama: ingt PAS mcm UMNO ke? umno yg zalim tu je amal kroni..kroni umno kaya raya, tp rakyat mcm kita ni dpt apa? jgn kaitkn penyakit kronik umno tu ng PAS..