14 Oktober 2010

K'tan nafi rampas tanah bangun ladang rakyat

05 Zulkaedah 1431 H

Kerajaan Kelantan hari ini menafikan dakwaan ia merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata sebaliknya ada antara tanah yang dimajukan untuk program itu adalah tanah kerajaan yang diduduki peneroka secara haram dan tidak sah.

Beliau berkata tanah yang dibangunkan menerusi program itu terutama di Gua Musang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di tanah milik kerajaan negeri.

"Mungkin ada antara rakyat yang terlibat dengan pembukaan tanah bagi melaksanakan program itu tinggal di situ secara haram dan tidak sah, yang
terpaksa akur berpindah dari situ lalu mendakwa kerajaan rampas tanah mereka," katanya.

Ahmad memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berkata, peserta Ladang Rakyat diberi dividen RM200 sebulan hasil keuntungan melalui program itu sejak berpuluh tahun lalu.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

otaklunyai berkata...

Biasa lah isu2 seperti ini diputar belit oleh orang2 yang berniat jahat... yang dividen tu dia tak cerita... mesti ada dalang dibelakang cerita ini... siapa lagi kalau tak geng2 yang terdesak dan kaki buat fitnah...

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua.

Mungkin maklumat dari blog kelantan insider boleh menjelaskan lagi kedudukan pengambilan tanah di gua musang...siapa dalang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

HARAP MAAF, TERSILAP LAPOR. Yang rampas tanah rakyat bukan Kerajaan Kelantan tetapi KERAJAAN KUDETA PERAK membatalkan pemberian tanah yang diluluskan oleh kerajaan PR untuk SAR. harap maklum baca bagi faham, sorry ya!