14 Oktober 2010

Tarikh pilihan raya Batu Sapi diumum Jumaat ini

05 Zulkaedah 1431 H

Tarikh pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diumumkan pada Jumaat ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas.

SPR dalam satu kenyataannya berkata, notis kekosongan kerusi berkenaan diperoleh daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

"SPR akan mengadakan mesyuarat khasnya Jumaat ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas itu bagi mengumumkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan," kata kenyataan itu.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Batu Sapi baru kosong dah nak umumkan tarikh PR Kecil, DUN Kota Seputeh dah bertahun tapi tak diberi perhatian pun, kenapa perlukan rayuan demi rayuan, nak tunggu PRU kot baru nak umum.