24 November 2010

PECAH KERETA: SU dan SUK DPPN PERAK UCAP TERIMA KASIH

17 Zulhijjah 1431H

Perak , 23 November 2010 – Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPN) dan Setiausaha Kerja DPPN ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa yang telah diberi oleh para ahli dan sahabat handai berikutan insiden kecurian dari kereta mereka semalam.

Semalam, kereta yang dinaiki oleh Sdr Raja Ahmad (SU DPPN) dan Sdr Hakim (SUK DPPN) telah dipecah curi. Pelbagai alatan dan barangan telah dicuri termasuk 2 buah komputer riba, sebuah kamera DSLR Nikon,

sebuah kamera digital Nikon kecil, 3 buah hard disk berkuasa besar serta beberapa alatan kajian eksperimen elektronik. Kerugian dianggarkan sekitar RM15 ribu ringgit.

Sdr Raja Ahmad yang juga merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Antarabangsa adalah dalam perjalanan untuk pertemuan bersama Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan mesyuarat bersama Ketua Pemuda Parti Pembangunan Persatuan Indonesia,

Pak Hilman Metarun bersama Ketua Fraksi Antarabangsa Parti Bulan Bintang Indonesia, Pak Haji Fathurahman Mahfud di Ampang bersama dengan Sdr Hakim yang juga AJK Lajnah Antarabangsa DPPPusat.

Dalam laporannya kepada pihak Polis, kereta yang dinaiki mereka telah dipecahkan disebelah kiri penumpang belakang sekitar jam 2.20 petang Isnin. DPPN Perak berharap tahap keselamatan di Kuala Lumpur akan dipertingkatan lagi untuk keselesaan rakyat dalam tugasan harian mereka.

2 ulasan:

Hadi Al Huda berkata...

Semua pemimpin sewajarnya mengambil iktibar atas musibah itu. Langkah keselamatan sewajarnya diambil sendiri dalam jemaah untuk menjaga pemimpin dan hartanya. Peralatan seperi komputer dan alat sokongan perlu diambil berat kerana mempunyai bahan rahsia parti dan jemaah tidak boleh ditinggal bersahaja dalam kenderaan tanpa kawalan.

Peristiwa pecah kenderaan kerap berlaku semasa perbicaraan DSAI yang melibatkan kenderaan peguamnya bahkan bilik pejabat mereka dipecah gelidah.

Kalau nak diharap penguatkuasa kerajaan BN mereka asyik menjaga kepentingan UMNO BN ; kacau ceramah PR dalam apa juapun termasuk mengacau demonstasi aman juga termasuk mengganggu orang yang mencari keredoan Allah dalam masjid konon takda permit atau tauliah.

Baru-baru ini telah dibukti di mahkamah kes Mat Sabu terlepas setelah didakwa atas perhimpunan bersih. Pak Mat tu diceroboh hak asasinya semasa menghadiri rombongan pengantin anaknya di rumah besan kemudian diceroboh persefakatan di TOL Bukit Tengah. Senario itu membuktikan benteng keselamatan kini tidak selesa dalam kerajaan UMNO BN.

Dalam tempoh menghadapi PRU13 pemimpin PR harus berhati-hati menjaga peralatan atau bahan dokumen PARTI ditakuti yang mempunyai rahsia besar jatuh ke tangan orang yang berkepentingan.

Tanpa Nama berkata...

inikah yang dikatakan BN negara aman dan selamat?