14 Disember 2010

Bekas Hakim Didapati Bersalah 7 Tuduhan Rasuah

IPOH 14 DIS : Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri Markum hari ini didapati bersalah bersabit kesemua tujuh tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen, di sini.

Hassan Basri, 54, telah dituduh dengan tujuh tuduhan rasuah yang melibatkan lebih dari RM35,000 di Taman D.R. Seenivasagam pada 6 September 2007.

Dia dipercayai telah, antara lain, menerima rasuah dari RM1, 100 daripada Mohamad Imran untuk mengeluarkan sijil perkahwinan bagi membolehkan Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa berkahwin tanpa melalui prosedur yang betul.

Beliau juga dituduh meminta rasuah sebanyak RM1,100 bagi mengahwinkan Mohamad Asri A. Bakar dan pasangannya,Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang betul.

1 ulasan:

mamar berkata...

Manusia kini tanpa segan silu melakukan apa saja sementara ada peluang dan ruang.. wahai Tuhan ampunilah aku...