06 Januari 2011

Kembalikan RON97 dan minyak tanah dalam senarai harga yang dikawal kerajaan

01 Safar 1432H.
Cina Islam.

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

"Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan," katanya.

Semalam Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman memberitahu dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Namun timbul beberapa pesoalan yang masih kurang jelas dan memerlukan jawapan dari menteri iaitu sekiranya harga dua bahan bakar itu dipasaran turun. Adakah akan ada pengumuman harga diturunkan.

Peliknya sejak dikatakan dua bahan bakar itu akan ikut harga dunia, ceritanya hanya naik sahaja. Tidak pernahkan harganya turun?

Selain itu saya agak musykil dengan asalnya bahan mentah RON97 dan minyak tanah adakah datang dari luar negara sehingga ianya dianggap lagi tidak penting dan dilepaskan dari senarai harga yang dikawal kerajaan.

Sedangkan dari segi kualiti dan daya pakai rakyat masih kuat kepada bahan bakar itu.

Oleh itu saya berpandangan kerajaan mesti bertanggung jawab kepada semua harga barangan yang dipakai oleh rakyat, dan jangan cuba berlepas tangan dengan alasan yang nampaknya diada-adakan.

Saya mendesak supaya RON97 dan minyak tanah mesti dikembalikan kepada senarai barangan yang dikawal oleh kerajaan.

3 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sokong 1000000% :-)

Awanama berkata...

deme buleh le sembang,kununnya " hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.".Sebab?deme masyuk bebelas2 ribu bulanan.naikla sampai rm5-rm 10 seliter pun apah tak dirasanye..neh kami rakyat neh pe citer,berapa ramai yg termenung dengan kenaikan harga barangan,makanan,petrol dan lain2 kperluan asas?berapa ramai yg menitiskan air mata dek himpitan hidup?Lansung tak ambil peduli kebajikan rakyat!!!!BERJAWABLA KAMU ORANG DI AKHIRAT!!!!

Awanama berkata...

Haii..Tanpa Nama.. Mu jadi Bengong Naper... Kalau Mu Tak Mampu Beli Minyak Kereta Naik Bas SKMK Tu.. Mu Nie Ketinggalan Zaman...Tak Faham Ekonomi...Tak Bersyukur Tuhan Bagi Aman Kat Malaysia nie... Dok Kat Ulu Mana..Nak kecek Harga Minyak Naik.. Orang Lain Boleh Sajo...

Sekian Terima Kasih..
Dari Saya Pemuda PAS...