06 Januari 2011

Minta solat hajat, kami dah tak larat

1 Safar 1432H.
Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.

"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Solat hajat buat juga. Senjata yang paling ampuh sekali minta semua penyokong Pakatan Rakyat yang beragama islam baca Yaa Zal Jala Liwal Iqram 1000 kali. Sebelum baca, niatkan aku hantarkan ayat ini kepada (sebut nama orang itu) hapuskan manusia ini kerana melakukan kezaliman.Insyaallah akan dimakmublkan allah. Percayalah! Percayalah! Percayalah! Yakinlah! Yakinlah! Yakinlah! Sudah banyak terbukti.

Putra IJ80 berkata...

Dulu lagi ada pepatah menyatakan,

Pelandok selalu lupakan jerat,
tapi jerat tak pernah lupakan pelandok.

Mengapa tak ambil iktibar dari pepatah itu.,
kini jerat sudah mengena,
Habis apa ikhtiar lagi,.

Mengapa sebelum ini tidak ada sebarang kajian di buat terhadap perlembagaan Negeri dan kelemahan nya., mengapa sebelum ini tidak di usahakan di cadangkan nama nama yg.layak di ganti SUK kalau yg.ada sudah hampir tamat perkhidmatannya?.

Ini lah akibatnya bila sudah terantuk baru nak tengadah.

Nasib lah.

pokku(putrajaya) berkata...

Semoga Allah bersama orang2 yang mencari keredhaanNYA...marilah ramai2 kita lakukan solat hajat untuk menghapuskan kezaliman daripada manusia yang zalim...Takbirrrr!

Awanama berkata...

Assalamualaikum.w.w.
Saya berpendapat :-
1) Firman Allah : "Wala tai-asu mir-rahmatillah", "Innallaha maas sobirin" - Janganlah kamu berputus asa dari rahmat(pertolongan) Allah -Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.
2) Di dalam soal amalan, apabila sesuatu musibah atau dugaan diturunkan, bermakna Allah hendak mengangkat martabat orang yang ditimpa musibah atau diduga. Kalau pemimpin cakap dah tak larat atau mengalah, bagaimana akan terjadi pada pengikut? Ini sama seperti kes Raja Beruk, kalau dibiarkan dia lena dan jika digegarkan, maka bertambah kuatlah dia.
3) Dr. Halimah dan rakan2 sejawatannya seharusnya sentiasa banyakkan syuro ke arah penyelesaian dan berpegang teguh dengan perjanjian dan sentiasa bersatu. Tengok saja Hasan Ali tu, apa dibuat? Nak buat harta aje ke? Cakap banyak tapi seperti tin kosong. Ini harus dipertikaikan.
4) Pemimpin UMNO pun manusia juga. Selagi atas nama manusia, perasaan takut dan mengharap itu pasti ada. Ini naluri dan fakta...!
5) Di dalam soal meminta pertolongan Allah, untuk diqabuli Allah, doa dan amalan siapa sekalipun dimuka bumi harus menurut dalil dan kemanqulan sebagimana yang diajar Rasullullah saw. Semua ini telah di ajar dan diturunkan oleh baginda Rasullullh saw. Kalau sharp shooter, dalam masalah sebegini Dr. Halimah dan rakan2 harus banyak istirja' kepada Allah. Pasti Allah akan tolong sebagaimana dalil "Nasrum-minallahi wafat-hun qarib-Pertolongan Allah itu hampir"
6) Solah hajat ada dalil dan qunut nazilah juga ada dalilnya. Yang tiada kemanqulannya. Bagaimana Allah nak qabulkan? Saya harap pemilik Blog ini juga bukan hanya sekadar menyiarkan berita ini tetapi sama2lah berfikir, memikirkan dan mencari jalan terbaik kerana semuanya daripada Allah jua. Kerjakanlah kerana Allah mudah2an Allah memberi manfaat dan barokah.
Fikir-fikrkanlah.....! Wassalam.
Alhamdulillah-jazakumullahu-khairoh.

-kaiban- berkata...

Apa nak buat ibarat pepatah nasi dah jadi bubur-Begitulah ambo lihat Pakatan Rakyat setelah menang,semuanya banyak diulit mimpi.Sepatutnya kejadian mcm nie dah ada plannya,lihat sahaja di PERAK.Takkan tak ambil pedoman.Seharusnya kerajaan negeri TEGAS dalam soal pentadbiran.Ini tidak byk konsep tolak ansur.UMNO telah byk mengambil kesempatan dlm kelemahan ini.Tidak mustahil jika UmNO berjaya menawan kembali Selangor.Puncanya pada kelemahan Kerajaan sendiri