30 Januari 2011

Pengundian bermula di Tenang, hujan turun semakin lebat.

25 Safar 1432H.

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Jangkaan kami hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini akan berlanjutan sehingga ke petang dan akan melaambatkan pergerakan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dan mungkin mengurangkan pratusan mengundi.

Pengundi akan memilih antara calon calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru dan calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN pada awalnya mensasarkan 5,000 undi majoriti. Manakala Pakatan Rakyat kmjmenjangkakan calonnya akan membuat kejutan di Tenang pada hari ini.


LAPORAN LANGSUNG
(Malaysiakini)

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa

Tiada ulasan: