30 Januari 2011

Selamat mengundi, Hujan mengiringi pengundi Tenang.

25 Safar 1432H.

LABIS, 30 Jan.:-: Keadaan trafik yang semakin sesak di sini dengan pertambahan mendadak jumlah kenderaan dijangka semakin buruk pada hari ini apabila masyarakat keluar membuang undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Suasana kelmarin menunjukkan kenderaan yang berbaris panjang dalan Pekan Labis bertambah lebih sekali ganda.

Keadaan itu ditambah pula dengan suasana hujan sepanjang hari kelmarin dan berlanjutan sehingga pagi. Sekitar jam 4.00 pagi tadi hujan lebat turun membasahi bumi Tenang sekitar satu jam setengah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai agar memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dengan kembali ke rumah selepas selesai menunaikan kewajipan mengundi hari ini.

Buat masa ini keadaan keselamatan adalah terkawal dan pihak polis akan memastikan kelancaran trafik ke semua 12 pusat membuang undi esok, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Keadaan hujan yang tidak berhenti sehongga sekarang dan kalauberlanjutan sepanjang hari ini esok dijangka memburukkan lagi keadaan trafik.

Tiada ulasan: