14 Februari 2011

Adegan merokok diharamkan di China

11 Rabiul Awal 1432 H.

BEIJING - Kerajaan China mengharamkan adegan merokok dalam semua filem atau rancangan televisyen kerana bimbang mempengaruhi lebih 300 juta perokok tegar di negara itu.

Pihak Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Kebangsaan (SARFT) diarahkan supaya mengeluarkan arahan keras dan mengharamkan semua adegan merokok di dalam semua tayangan filem atau rancangan televisyen di negara itu.

SARFT mengumumkan di dalam laman sesawangnya bahawa semua jenama rokok tidak boleh disiarkan di televisyen atau filem dan adegan merokok mestilah dilakukan dalam tempoh masa yang pendek.

Kajian terhadap 11,000 pelajar sekolah menengah rendah di Beijing mendapati hampir 33 peratus daripada mereka ingin cuba merokok selepas menonton pelakon melakukan adegan merokok di televisyen.

Tembakau merupakan pembunuh utama di China, dan merupakan pengeluar serta pengguna terbesar tembakau di dunia.

Sinar Harian/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepotong(sebatang) rokok. Setelah dibeli kemudian dibakar (membazir), disedut (racun nakotin), dihembus asapnya untuk (meracuni orang lain), abunya dibiarkan mengenai pakaian orang lain (menyakiti), putingnya dibuang dimerata tempat (pengotor)....... Jangan ada seorang pun dari kalangan pejuang Islam yang merokok terutamanya mereka yang diangkatkan sebagai pemimpin, bukti keburukan rokok sudah jelas, menurut pandangan ulama' Islam 4 mazhab pula kebanyakannya berpendapat hukumnya haram kecuali sedikit sahaja yang berpendapat ianya makruh atau harus mengikut keadaan.