21 Februari 2011

NUTP bantah cadangan swasta sekolah kerajaan

18 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

1 ulasan:

Awanama berkata...

TanSri Muhyidin Yasin.Cukuplah.
Berhentilah dari jadi Mnteri Pelajaran.
Nak bisneskan segala2nya bidang pendidikan.
Supaya kroni senang, rakyat mengangguk je ape
yg menteri umno buat.