15 Mac 2011

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Awanama berkata...

pengajaran buat najing2 be end yg masih berjawatan.jgn suka2 salah guna kuasa.Inilah akibatnya d 1mesia jika anjing2 dberi kesen utk menggigit pembangkang.INI baru 1 KES yg dfokus,sebeanarnya berlambak2 lagi kes yg serupa berlaku d 1mesia.Anjing2 berlesen ini cukup samseng dgn ceramah pembangkang.Ahli2 PAS memang maklum,xyehlah saya nak emosional kat sini.

Awanama berkata...

Sepatutnya....kalau PAS buat ceramah kita dengar ramai-ramai kemudian nilaikan, betul ke? lepas tu UMNO buat ceramah kita dengar ramai-ramai kemudian nilaikan, betul ke? baru dapat keputusannya.

PAS dan UMNO sebenarnya sama je parti yang berdaftar cuma UMNO parti yang memerintah tapi bukan mesti ikut UMNO punya perintah. Tengok...! bawa kat mahkamah, dah kena....kalau hebat sangat tentulah tak kena saman, ini kena juga....itu baru kat dunia kalau kat sana nanti.....sendiri boleh nampakkan......

Sekarang sudah kena beb!

Awanama berkata...

Sudah kena beb...

Awanama berkata...

:)

Awanama berkata...

Hishamudin kenalah tolong 40percent...kan anak buah tuuu.