15 Mac 2011

Adik Karpal meninggal, bicara kes liwat ditangguh

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karpal Singh telah meninggal dunia.

Malaysiakini melaporkan perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam.

Katanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah.

Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu.

Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah sahaja yang berkuasa menentukan segala sesuatu samaada makhluknya mahu atau tidak,samada makhluknya merancang atau tidak,tiada sesiapa boleh turut campur.Dia satu-satunya maha bebas mutlak. Biarkan Allah buat kerja untuk kita adalah lebih baik dari tidak mengiktiraf Allah sebagai penguasa dan berhak mutlak sebagai penghukum untuk seluruh makhluknya.