29 Mac 2011

Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.

Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.

Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.

“Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.

“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.

Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.

Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.

“PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,” katanya lagi.

Rakyat pula, ujarnya tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.

Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.

“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?” soalnya.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

achik4793 berkata...

Nak buat macam mana, POLIS dok bawah ketiak UMNO.........UNDANG_UNDANG
dia orang yang buat, rakyat yang terkena...... time nak mengundi baru pijak semut pun tak mati...... ITULAH GELAGAT UMNO KINI DAN SELAMANYA.

Awanama berkata...

Bila pulak tayangan video lucah dibiarkan. Jgnlah buat fitnah.

Awanama berkata...

Polis seharusnya menjadi satu institusi dimana rakyat menggantung harapan keterpeliharaan undang-undang sejajar dengan objektif Rukun Negara. Kini keyakinan terhadap polis agak mengecewakan bilamana pada harini cengkaman politik menjadi tadbir susun ajenda polis dalam menyelesaikan sesuatu isu khususnya yang berkaitan kes berprofail tinggi sepertimana terkini terdapatnya kesinambungan siri video lucah dalam ajenda fitnah. gulungan professional yang berpayung disebalik kuasa politik tiba-tiba saja menampakkan kebodohan dalam menilai tafsir ketulenan video berkenaan lalu sengaja cari alasan untuk dapat khidmat pakar dan sebagainya bagi menentukan kesahehan isi kandung cerita. Kalau maksud yang jahat sudah tentunya dikuasai oleh mereka-mereka yang sekongkol dengan kejahatan sebegini.Lalu apa saja untuk mencari tekanan kepada impak video tersebut tetap boleh mereka lakukan dengan berbagai-bagai dalih setan. Mereka-mereka ini mengatasi hukum yang mereka sendiri kendung tapi dari hukum tuhan mereka tetap tidak akan terlepas. Semuga allah menyertai orang-orang yang benar dan insyak allah agar allah jua memperkenankan doa orang-orang yang teraniaya. Insyak allah!!

HAMBA ALLAH berkata...

SAYA SETUJU DENGAN PETIKAN,,KALAU POLIS DATANG UTK KACAU PERHIMPUNNAN AMAN PASTI KECOH..........MEMANG TEPAT 100 PERSEN..WALAU TEMPAT TU PREMIS INDIVIDU TETAP DIGANGGU

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR

Awanama berkata...

Yang di utamakan dalam kehidupan dunia adalah hubungan Vertikal dan hubungan herizontal, jadi harus menjunjung harmonisasi, kedamaian semua ummat, menghargai semua ummat dan dinuia ini tidak ada yang super kecuali Allah SWT

Minah Merajuk 2011 berkata...

Demokrasi disekat, Fitnah diwar2kan...hentikan kezaliman dlm PRU akan datang..semak daftar mengundi skrg