28 Mac 2011

DAP Berkemungkinan Bertanding di 15 Kerusi

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 28 MAC : DAP berkemungkinan besar akan bertanding hanya di 15 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Menurut sumber parti DAP, selepas membuat rundingan dengan parti kompenannya PKR, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang dituntut parti itu.

Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen hari ini, lapor malaysiakini.

Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng.

Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu.

Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula.

DAP juga dijangka akan melepaskan kerusi Senadin, yang masyarakat Cina merupakan hampir separuh daripada pengundinya dan kerusi majoriti pengundi Iban di Balai Ringin.

Pada pilihanraya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi.

PKR dilaporan berkemungkinan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching.

Tv Selangor/-

Tiada ulasan: