28 Mac 2011

Pelajar cemerlang dapat anugerah di Kelantan

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 28 Mac: Buat tahun keempat berturut-turut kerajaan Kelantan akan memberi saguhati kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata keputusan itu telah diluluskan dalam mesyuarat exco pagi tadi.

Katanya, pelajar SPM yang memperolehi 9A ke atas STAM 10 Mumtaz dan STPM 4A layak membuat permohonan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan menjadi urusetia pada program ini.

“Majlis khas bagi meraikan pelajar cemerlang akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan tanpa mengira bangsa agama serta dari sekolah mana mereka belajar termasuk rakyat Kelantan yang cemerlang belajar di luar,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat minggu exco, di Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Amar seterusnya memberitahu jumlah peruntukan sebenar belum diketahui memandangkan rekod kecemerlangan pelajar bawah Kementerian Pendidikan belum diketahui.

Sambungnya, dalam tempoh tiga hari lagi pelajar cemerlang boleh mendapatkan borang permohonan di Yik.

Harakahdaily/-
Oleh : Salmah Mat Husain

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah yang terbaikkk

Tanpa Nama berkata...

Syabas buat pelajar kelantan semoga anugerah ini akan menjadi dorongan untuk terus memburu kejayaan.AMIN