24 Mac 2011

Idham Care bantu warga miskin di Larut, Sumbangan anda diperlukan.

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD]
Oleh : Hafizi Pauzi

LARUT, 24 Mac :- Idham Care akan terus menyusun jadual untuk menyampaikan bantuan kepada warga yang memerlukan di masa akan datang, Demikian antara penegasan yang dinyatakan oleh Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong semasa dihubungi selepas beliau dan Isterinya turun untuk menyampaikan bantuan di DUN Selama dalam Parlimen Larut kelmarin.

Beliau juga mengharapkan Idham Care dapat terus bergerak untuk membantu pelbagai pihak yang memerlukan bantuan.

Baginya untuk menjayakan usaha tersebut tentunya sejumlah dana yang besar diperlukan dan harapannya supaya sumbangan dari individu dan badan koperat serta syarikat swasta sudi untuk menyalurkan sumbangan tersebut.

"Saya merayu kepada pelbagai pihak terdiri dari individu, badan koperat dan syarikat swasta untuk menyalurkan wang zakat dan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program kebajikan Idham Care" jelasnya.

Sumbangan dapat disalurkan ke Akaun Maybank atas nama IDHAM CARE, No Akaun : 558417102650.

Program tersebut melibatkan 10 warga miskin yang di pilih oleh PAS Kawasan larut dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Selama.

Hadir sama dalam misi tersebut ialah YDP PAS Kawasan, Dr. Mohd Dahri Osman, Setiausaha PAS Kawasan Hj. Hussin dan Ketua Penerangan PAS Kawasan larut, Hj. Muhd Zaki Hassan serta pimpinan MTD DUN Selama yang lain.




Drs. Khalil menyampaikan sumbangan kepada seorang warga terlantar.

Sempat membeli sebuah bakul anyaman mengkuang

Drs. Khalil dan Isteri bergambar bersama sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan

Bergambar dengan pimpinan PAS Kawasan Larut



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya harap YB akan dpt kerap turun ke kg saya ini (DUN SELAMA), kerana di situ ramai org2 susah yang TIDAK mendapat HAK mereka yang sewajarnya akibat sikap pilih kasih & diskriminasi oleh pihak UMNO di kg tersebut.....