24 Mac 2011

Video seks: Polis ambil keterangan Rahim, Eskay

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

3 ulasan:

Raziq Najab berkata...

Dah sah yang berlakon sebagai Anwar tu Eskay sebab tu gambar hitam putih nak bagi x berapa jelas perut boroi x leh nak cover...

Tanpa Nama berkata...

takkan ambil keterangan ja.... x tahan reman ka... dh sah miliki, simpan, dan buat tontonan umum.... klu ikan bilis...dh lama dh

Tanpa Nama berkata...

kalau you all nak lihat lebih jelas ,cuba tambah sikit diatas gambar dato eskay itu dgn janggut ,kening dan set ben nya pasti dia akan menjadi serupa dato anuar ibrahim.juga putihkan rupa dato eskay ini.wooiii serupa la.......