25 April 2011

1,325 Warga Asing Terbabit Keganasan dibicarakan

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


RIYADH: Kira-kira 1,325 warga asing di Arab Saudi menghadapi perbicaraan ekoran pembabitan secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan keganasan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki.


Bagaimanapun Mansour tidak mendedahkan kerakyatan mereka. Apabila ditanya mengenai asal-usul negara suspek, dia berkata: “Bukan dasar kami untuk mendedahkan kerakyatan mereka.” Kementerian itu melaporkan seramai 11,527 warga Saudi dan asing ditahan sejak insiden 11 September 2001. Daripada jumlah itu, seramai 5,831 termasuk warga asing sudah dibebaskan selepas didapati tidak bersalah atau sudah menjalani hukuman. Kira-kira 1,612 didakwa kerana melakukan keganasan, 616 lagi masih disiasat dan 603 pula masih dibicarakan.

“Pihak pendakwa raya Saudi sedang menyiapkan senarai dakwaan terhadap 934 orang dan masih menyiasat 1,931 yang lain,” tambahnya. 

AN

Tiada ulasan: