25 April 2011

Dasar Baru Sempadan Rafah

21 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MA'AN - Kerajaan Mesir akan mengenakan dasar baru di sempadan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza untuk memudahkan perjalanan penduduk Palestin melalui jalan darat ke dunia luar, menurut pegawai kerajaan. 

Jurucakap kerajaan di Gaza, Taher An-Nunu mengumumkan kenyataan berhubung tindakan baru itu yang diputuskan dalam satu mesyuarat kerajaan di Kaherah, yang mana dijangka akan berkuat kuasa dalam masa terdekat. 

Terdahulu, Taher pernah mengemukakan rayuan terhadap kerajaan Mesir supaya membuka sempadan Rafah dengan segera. 

Beliau turut berasa yakin dengan kemampuan Mesir untuk menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan kerajaan pimpinan Hamas di Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat. 

Ketua Kementerian Luar Mesir, Baha Ad-Dusuqi berkata, kerajaan negara itu juga tidak akan ragu-ragu untuk menyokong hak rakyat di Palestin. 

Ketika ini, laluan sempadan Rafah menjadi satu-satunya jalan alternatif selepas rejim Zionis bertindak mengenakan sekatan dan menutup semua laluan keluar di Genting Gaza.

Tiada ulasan: