08 April 2011

Pengundi Sarawak positif terima PAS

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG SADONG : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat adanya perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.

Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.

Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan,” ujarnya.

Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: