08 April 2011

3 kanak-kanak China maut selepas minum susu dicemari nitrit

04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BEIJING: Tiga kanak-kanak mati manakala 35 yang lain sakit selepas meminum susu yang dicemari nitrit di Gansu, iaitu skandal keselamatan makanan terbaru yang melanda industri tenusu negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan 35 mangsa terbabit adalah kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dan kini dirawat di dua hospital di bandaraya Pingliang.

“Siasatan awal menunjukkan semua pesakit diracuni nitrit selepas meminum susu yang dibekalkan dua ladang tenusu," menurut laporan Xinhua.
Nitrit digunakan untuk merawat daging.

Kedua-dua ladang tenusu itu ditutup dan pengurus mereka sedang disiasat.

Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut dan hampir 300,000 yang lain jatuh sakit akibat meminum susu tepung yang dicampur melamin. - Reuters

1 ulasan:

yes berkata...

Semoga kerajaan Malaysia berhati hati dalam memberi permit untuk mengimport barang barang makanan dari negeri Cina. Lihatlah sekarang, telur palsu pun dah sampai ka Pulau Pinang. Bila orang bandar dah sedar mungkin tak laku lagi di situ, tetapi kemungkinan akan di jual di kawasan pendalaman.
Perhatikan sahaja Singapura, apa yang mereka tak benarkan masuk jangan benarkan masuk ka Malaysia. Tak apa jadi pak turut dari orang atau negara yang lebih berhati hati dari kita. Pokok pangkalnya rakyat selamat. Buktikan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN