05 April 2011

Pertaruh dua wanita bukti PAS martabatkan kaum hawa.

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Drs. Khalil Idham Lim

Saya menyokong penuh langkah PAS meletakkan dua wanita dalam kalangan lima calon parti itu bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung 16 April ini.

Jurucakap Badan Perhubungan Pas negeri Sarawak mengesahkan Nani Sahori akan diletakkan di kawasan DUN Tanjung Datu manakala Noraini Hamzah pula bagi kerusi DUN Muara Tuang.

Langkah PAS tersebut bagi saya membukti bahawa PAS telah memartabatkan kaum hawa dengan meletakan 2 dari 5 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak kali ini.

Tindakan ini menafikan tohmahan dari musuh PAS yang mendakwa PAS telah meletakkan martabat kaum hawa bukan kepada yang sepatut.

PAS juga telah membuktikan dimana sahaja terdapat muslimat yang layak untuk menjadi calon PAS, ianya tidak taragak-agak lagi untuk meletakkannya sebagai calon dalam setiap kali pilihanraya.

Dalam Kontek DUN Tanjung Datu dan Muara Tuang tentunya mereka adalah yang terbaik dari senarai panjang calon yang dikemukakan kepada PAS Negeri dan PAS Pusat.

Kerusi DUN Tanjung Datu akan dipertahankan oleh Ketua Pegawai Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Penasihat Khas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem manakala DUN Muara Tuang pula oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, kedua-duanya daripada Barisan Nasional (BN).

Tiga lagi calon yang akan menjadi taruhan PAS ialah Abang Eddy Allyanny bagi kerusi DUN Sadong Jaya, Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid bagi DUN Sebuyau dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masadus bagi DUN Beting Maro.

Sesungguhnya diharapkan dengan memepertaruhkan 2 orang calon muslimah tersebut memberi semangat yang tinggi kepada Dewan Muslimah PAS Pusat dengan mengarahkan semua Dewan Muslimah PAS Negeri dan kawasan untuk menghantar seramai mungkin petugas untuk membantu Calon PAS tersebut.

Ketua Penerangan PAS Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

di doakan berjaya. kmek rakyat sarawak mengalukan PAS masuk sarawk mun dpt byk kerusi diberika kepada Pas terutama kawasan belawai, bruit dan daro. org sia dah benci gilak dengan BN. mun PKR mereka masih ada rasa was2 dan ragu. sebab jati diri PKR agak lemah. mek org sarawak pengundi Petra Jaya. tapi tak dpt pulang sebab di KL.ada tak yang nak sponser tiket pergi balik ke Kcg masa ngundi. email saya ybmadinah@hotmail.com