05 April 2011

PAS dan PR yakin dapat realisasikan negara adil dan berkebajikan.

01 jamadilawal 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 5 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru agar rakyat membuktikan bahawa rakyat mampu untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum ke 13 akan datang, seiring dengan perubahan yang ditunjukkan di negara lain bagi menyelamatkan Negara Malaysia ini.

Menurut beliau, PAS bersama Pakatan Rakyat wajib menggantikan UMNO BN untuk memerintah negara bagi melakukan perubahan. Kita wajib turun ke seluruh pelosok memberi maklumat sebenar kepada rakyat berkenaan kezaliman UMNO BN terhadap rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa kini, seluruh rakyat di mana di Negara mereka yang masih terdapat pemimpin yang zalim terus berkuasa rakyat di Negara itu akan terus berusaha melakukan perubahan di Negara mereka.

Memetik ucapan beliau, “ Kita berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR) dan melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti dalam Negara”.

“UMNO kini sangat gerun apabila melihat PAS,PKR dan DAP bersepakat untuk memastikan Islam sebagai agama negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,menerima Raja Berperlembagaan dengan menerima haknya sebagai raja mengikut kehendak Islam,

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar ahli PAS bergerak segera ke arah perubahan yang disasarkan serta memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi PRU 13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Beliau juga mengharapkan agar sokongan yang diberikan oleh rakyat perlu diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran menjelang PRU akan datang.

Justeru beliau berharap agar satu perubahan dalam Negara berlaku secepat mungkin untuk mendirikan Negara Malaysia yang adil dan berkebajikan, bukan melalui keganasan, tetapi perubahan untuk menunjukkan Islam itu adil untuk semua.

Tiada ulasan: