14 April 2011

Tolak Pemimpin Angkuh dengan Undi Pakatan

10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi auzi

IPOH, 13 April : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata kempen PRN Sarawak yang telah masuk hari yang ke 7, BN mula cemas sehingga Putrajaya dilihat telah menjadi “director” setelah Taib Mahmud dilihat gagal "berpencak" dengan baik dalam berkempen ditambah lagi dengan kenyataan angkuhnya “saya akan meletak jawatan dalam beberapa tahun lagi”.

Menurutnya siapakah lagi rakyat Sarawak yang boleh percaya dengan janji Taib sedangkan pada tahun 1995 dia pernah katan akan letak da

“Kenyataan sebegitu seolah-olah BN pasti menang bergaya 16 April ini dan kekal jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,” katanya.

“Persoalannya wajarkah beliau berkata demikian dengan rekod buruk BN setelah 30 tahun menerajui Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, jika benar beliau (Taib Mahmud) telah memimpin dengan rekod cemerlang, sudah pasti orang-orang di Putrajaya lenggang kaki dan cuma memantau dari jauh terhadap proses kempen PRN Sarawak.

Dalam pada itu YB khalil yangj juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menjelaskan bahawa didapati laman sesawang Jabatan Penerangan menunjukkan majlis-majlis yang dianjurkan di Sarawak kini diterajui oleh Menteri Persekutuan dan Timbalan mereka.

“Kita juga dah dapat laporan bahawa Najib dan mahyiddin berkampung di Sarawak dan mesyuarat mingguan jemaah menteri juga dipercayai dibatalkan minggu ini bagi membolehkan sebanyak mungkin Menteri persekutuan berkempen di Sarawak.

“Ini petanda bahawa Taib dan legasinya gagal di Sarawak, dan inilah masanya rakyat Sarawak menghukum BN,” katanya.

Tambahnya YB Khalil yang juga Adun Titi Serong, Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya supaya jangan melakukan kesilapan sama untuk kali kedua dan seterusnya, BN tidak boleh diberi peluang kedua, 30 tahun telah disia-siakan begitu sahaja.

“16 April boleh dijadikan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Sarawak, perubahan mestilah direalisasikan dengan kertas undi yang akan disediakan pada hari keramat tersebut,” tegasnya

“Tolak pemimpin BN yang angkuh, beri undi kepada Pakatan Rakyat dan tolak legasi BN di Sarawak,” katanya.

Tiada ulasan: