12 Mei 2011

Nota Tulisan Tangan Osama ditemui

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



WASHINGTON: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menemui jurnal milik Osama bin Laden yang mengandung catatan tulisan tangan ketua Al-Qaeda itu mengenai perancangan operasi rangkaian pengganas itu pada masa depan.

Pegawai AS memberitahu, antara bahan yang dijumpai dalam serangan ke atas kediaman Osama itu ialah satu 'buku nota' yang memuatkan catatan Osama mengenai ideanya untuk melaksanakan operasi rangkaian al-Qaeda.

Katanya, buku nota itu bukan sebuah dairi dan ia tidak mempunyai sebarang catatan peribadi atau perasaan membabitkan pemimpin Al-Qaeda itu.

"Dia hanya mencatatkan beberapa idea dalam buku nota itu. Ia tidak menyebut di mana beliau telah pergi atau apa yang sudah dibuatnya," katanya.

Ia tidak lebih daripada buku nota antara banyak lagi bahan yang ditemui dan dirampas selepas serangan di Bandar Abbottabad, Pakistan yang menyebabkan Osama maut.

Ulasan :

Nampaknya Amerika terus menerus membuat cerita palsu untuk menyakinkan dunia bahawa Osama benar-nbenar meninggal dunia.

Namun siapakan yang akan percaya dengan cerita ini ?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pun buleh buat camtu. Tulis cmna nak serang Amerika tanpa apa-apa maklumat lain dan lepas tu letak dlm bilik Osama. SEALS Amerika.( dibaca SIALS Amerika )