21 Mei 2011

Rooney sedia berbakti

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LONDON - Wayne Rooney mendesak pengurus Manchester United, Alex Ferguson untuk menyenaraikannya pada pertemuan menentang Blackpool dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford esok.

Penyerang sensasi United itu berkata, dia mahu memainkan peranan penuh pada aksi terakhir liga musim ini bagi meraikan kejayaan skuad The Red Devils yang telah ditabalkan selaku juara liga.

ROONEY mahu diturunkan ketika United menentang Blackpool di Old Trafford esok.

Malah Rooney juga beranggapan bahawa pertemuan dengan Blackpool itu penting buat dirinya bagi memastikan prestasinya berada pada tahap terbaik menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang gergasi Sepanyol, Barcelona, 28 Mei ini.

Sebelum ini, Ferguson telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menurunkan barisan tonggak utamanya bagi memastikan mereka cergas sepenuhnya bagi berdepan Barcelona di Stadium Wembley nanti.

Namun Rooney pula memikirkan sebaliknya kerana dia lebih gemar berada di atas padang daripada seka- dar memanaskan bangku simpanan.

"Terpulang kepada pengurus untuk menentukan siapa pemain yang perlu diturunkan dalam dua perlawanan selepas ini.

"Namun saya pasti semua pemain United mahu beraksi. Kamu bermain bola sepak untuk perlawanan seperti ini dan saya berharap saya akan diturunkan Ahad ini (esok)," kata Rooney.

Rooney turut mengakui, dia kini sudah tidak sabar lagi untuk menjulang trofi liga selepas terlepas berbuat demi- kian musim lepas apabila Chelsea muncul selaku juara.

"Menjulang trofi liga pasti menghadirkan satu perasaan yang hebat.

"Ia adalah suatu yang hebat apabila dapat kembali menjulang trofi tersebut dan sesuatu yang dapat kita tunjukkan kepada anak-anak apabila sudah tua nanti," jelas Rooney. 

Agensi

Tiada ulasan: