21 Mei 2011

Isu gantung Sidang Dun Perak, Saya sudah terima surat rasmi.



18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Berhubung dengan isu penggantungan saya dari menghadiri sidang DUN Perak yang telah diputuskan dalam sidang DUN Perak pada 15 April yang lepas. Dengan ini saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan terbaru mengenai isu tersebut.

1. Saya dengan mengesahkan telah menerima sepucuk surat bertarikh 18 Mei 2011 yang ditandatangan oleh Setiausaha Dewan Perak, En. Rumaizi bin Baharin. Surat tersebut dihantar melalui perkhidmatan express yang dialamatkan ke kediaman rasmi saya di Parit Buntar.

2. Kandungan surat itu (Gambar) merupakan makluman mengenai saya digantung dari menghadiri satu persidangan DUN Perak akan datang.

3. Saya dengan ini tetap menegaskan bahawa keputusan pengantungan saya tersebut adalah tidak sah sesuai dengan peraturan DUN perak yang sedia ada dan saya tetap membantah keputusan tersebut.

4. Keputusan tersebut juga membuktikan Speaker DUN Perak sekali lagi gagal untuk mengendalikan Sidang DUN Perak dan saya juga mencadangkan supaya beliau dengan segera mengosongkan dan diganti dengan seorang Speaker yang lebih berwibawa serta mengendalikan sidang dun dengan mematuhi peraturan yang sedia ada.

Sekian terima kasih.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Tiada ulasan: