26 Jun 2011

Pemuda UMNO Parit gelabah.

24 Rejab 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media
Pemuda PAS Parit.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit merasa hairan dan lucu dengan sikap pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit yang begitu menggelabah apabila mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit ingin menjelaskan bahawa apa yang disebutkan mengenai negara berkebajikan sudah lama diperjuangkan oleh PAS dan sememangnya termaktub dalam Al-Quran yang menjadi perlembagaan PAS dan bukannya isu baru.

Kenyataan ketua mereka, Khairul Shahril Mohamed di dalam Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Jun 2011 yang menyebut bahawa “PAS memutuskan tiada lagi penubuhan negara Islam tetapi telah mengubah kepada negara berkebajikan” melihatkan betapa lemahnya kemampuan berfikir beliau dalam menilai fakta dan prasangka sehingga jelas menampakkan ketidakmampuan beliau untuk memimpin pergerakan tersebut.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit ingin menegaskan bahawa Umno walaupun telah diberi peluang lebih 50 tahun memerintah, namun masih gagal untuk membawa konsep negara yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran sebagai “Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur” sedangkan itulah model negara yang PAS ingin ketengahkan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit juga ingin mencabar agar Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit menunjukkan kematangan dalam berpolitik dengan menggesa kepimpinan negara yang diterajui oleh kepimpinan Umno untuk menjalankan dasar-dasar dan hukam hakam Islam seperti yang telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran, jika tidak, ternyata UMNO selama ini adalah kuda tunggangan MCA dan MIC semata-mata.

Ustaz Hakimi Mohamad Nor
Ketua
Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit

1 ulasan:

PUTRA 1511 berkata...

ni la masalahnyer ngan orang yg menganut fahaman umno@umngok..bila agama suku politik suku..xkan faham la islam secara mnyeluruh..bising satu dunia pas da x pejuang islam sebab takut pada DAP N PKR..