11 Julai 2011

Gadis tertekan panjat bumbung

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

DUA anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang gadis dari atas bumbung di sebuah rumah di Machang, Kelantan semalam.

MACHANG – Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan terpaksa dipujuk selama 10 hingga 15 minit supaya turun dari bumbung rumah di Jalan Bahagia dekat sini semalam.

Gadis berusia 21 tahun itu, dikesan berada di atas bumbung rumahnya pada pukul 11 pagi oleh orang ramai yang terkejut melihat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit selepas panggilan.

Menurut beliau, operasi yang diketuai oleh Che Zamri Che Ya bersama enam anggota dan satu jentera mengambil masa 44 minit untuk membawa turun gadis itu yang tidak bertindak agresif.

KOSMO/-

1 ulasan:

ummu aufa berkata...

assalamualaikum wbt..
sebelum para readers semua tersalah anggap tetang cerita ini, sy akan perbetulkan fakta yg telah diputarbelit oleh media.

sy merupakan kakak kepada gadis tersebut. sebenarya ini bukan kes tertekan, tetapi kes kerasukan makhluk halus(terkena sejak berada di mesir lagi)..skg family kami sudah n tengah ikhtiar utk pulihkan keadaan. harap pihak pembaca tidak tersalah anggap.adik sy seorang yg bijak dan berjaya namun sebab jin merasuki badanya di mesir, terpaksa di bawa pulang utk berubat di kampung.family kami tengah hadapi benda ni skg dan diharap berita2 begini tidak tersebar lg kerana boleh menimbul fitnah. terima kasih..