07 Julai 2011

Negara diperbodohkan oleh pemimpin BN yang gila kuasa

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Negara sekali lagi telah diperbodohkan oleh sang pemimpin BN yang gila kuasa, kolot dan mundur pemikiran.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang direncana NGO-NGO yang mencapai kata sepakat telah diperakui oleh Tuanku Mizan selaku pemimpin tertinggi Negara, bermakna segala yang berkaitan permit sepatut dipermudahkan malah tidak perlu lagi.

Tetapi disebabkan UMNO-BN cuba sedaya mungkin untuk menyekat rakyat dari melakukan perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak setuju terhadap demokrasi dan amalan sistem pilihanraya Negara dengan mengemukakan lapan tuntutan yang saya sifatkan satu pun tidak membahayakan Negara. Yang bahaya kerana ianya mengancam kuasa politik UMNO dan BN.

Reaksi pemimpin kerajaan UMNO-BN menyalahi perlembagaan Negara apabila KDN tetap engan menarik semula arahan mengharamkan Bersih 2.0.

Seluruh rakyat telah diberi pendidikan bahawa rukun Negara adalah undang-undang tertinggi Negara, itulah yang telah dipersetujui sejak Malaysia ditubuhkan sebagai Negara yang berdaulat.

Hari ini kerajaan yang sepatutnya menjaga kelangsungan kedaulatan perlembagaan dan Rukun Negara telah menghina dan menafikan semua perkara tersebut khususnya apabila rukun Negara yang kedua dan yang ketiga menyebut iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan telah dinafikan.

Dalam isu ini, UMNO-BN telah mengkhianati kedua perkara tersebut, tetapi adakah rakyat tahu hal ini? Sudah tentu hal demikian tidak sampai ke pengetahuan rakyat kerana media yang pro kepada BN seperti radio dan televisyen terus dikongkong untuk pemberitaan yang berat sebelah sahaja.

Gambaran buruk terhadap Bersih dengan berbagai momokan adalah gambaran ketakutan mereka kepada perbuahan pilihanraya yang lebih bersih serta mengugat kuasa yang mereka sedang miliki.

Perlembagaan telah dikhianati oleh UMNO-BN kerana perlembagaan dengan jelas melindungi hak dan kebebasan setiap rakyat, hari ini apabila ada rakyat yang memakai baju kuning tertera tulisan bersih dan ada yang tidak ada tulisan bersih pun ditangkap dengan sewenangnya, kemanakah perginya hak rakyat yang sebenarnya ?.

Perlembagaan juga melindungi rakyat berhimpun secara aman , hari ini juga kerajaan sekali lagi telah mengkhianati perlembagaan yang sama apabila menghalang rakyat dari turun dan ikut serta dalam himpunan aman tersebut.

UMNO-BN lebih dahsyat dan lebih teruk dari aspek moral dan sebagai manusia yang bertamadun apabila menafikan rundingan wakil Bersih dengan DYMM Yang Dipertuan Agong baru-baru ini yang mendapat perkenan untuk mengadakan perhimpunan. Namun telah dipesulitkan dengan berbagai paraturan dan akta yang membawa kekusutan yang belum dapat diselesaikan pada hari ini.

Rakyat mestilah bertekad untuk mengubah kepimpinan negara yang sedia ada, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang untuk memastikan negara selamat dari pelbagai penyelewangan serta pelanggaran undang-undang negara.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 7 JULAI 2011

Tiada ulasan: