07 Julai 2011

IGP : Arah bersih berhimpun di luar KL

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).

NONE"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

NONE"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

Sementara it dalam perkembangan berkaitn, kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merdeka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.

NONEPerkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.

Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YBhg Tan Sri KPN dan semua anggota polis terutamnya yang mengaku beragama Islam. Ingatlah tugas anda adalah tugas yang mulia untuk menjaga keamanan/keselamatan negara bukannya untuk jaga keselamatan pemimpin UMNO/BN yang korup agama dan akhlaq. Takutlah akan murka Allah dan harapkanlah akan RedhaNya. Ingatlah pada kematian yang sentiasa mengintai kita..tentu beberapa kali kita melihat kematian menjemput saudaramara dan sahabat kita dan pasti ia akan menjemput kita kerana pada masa penyesalan tidak berguna lagi..menyesal maenangkap orang tanpa hak, memukul/mezalimi orang tanpa hak. Ingatlah juga pada hari pembalasan kerana Allah tidak akan lupa akan segala perbuatan kita baik atau buruk walaupun sebesar zarah.