16 Julai 2011

PAS Perak kecam sebaran risalah lucah.


14 Syaaban 1432H. [MOD] -

Lenggong: 16 Julai - Gempar Risalah lucah telah disebarkan diseluruh daerah Lenggong melibatkan Sekolah, Surau, Masjid dan tempat-tempat awam.

Berikutan itu, orang-ramai yang menerima risalah tersebut telah menghubungi Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn Hj. Razman Zakaria bagi memaklumkan anasir-anasir yang tidak sihat dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai sensitiviti rakyat setempat tanpa mengira Agama, kaum dan bangsa.

Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, Hj. Razman Zakaria bergegas kebalai polis bersama-sama 70 orang masyarakat melayu, cina, india di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian yang amat memalukan itu.

Selepas membuat laporan di balai polis Lenggong, Hj. Razman bersama-sama semua yang hadir terus bergegas ke pejabat Agama Lenggong berdekatan bagi memaklumkan kejadian risalah lucah yang tersebar di merata tempat sangat memalukan semua masyarakat yang berada di Lenggong angkara tindakan luar batasan Agama, Bangsa, dan kaum di Negara ini. Bagaimanapun, kakitangan pejabat Agama Lenggong yang ditemui menjelaskan bahawa, pejabat Agama tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara yang diadukan kerana, perkara tersebut diluar bidang kuasa mereka.

Masyarakat didaerah ini mengutuk dan melahirkan rasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh puak-puak Gerombolan penyebar politik lucah yang sememangnya dikenali di daerah Lenggong pada masa ini, yang mana puak-puak gerombolan ini menyedari bahawa hayat politik lucah mereka sekarang ini sedang berada dihujung nyawa.

Seorang masyarakat india yang turut bersama-sama dipejabat Agama Lenggong menyatakan kemarahan beliau tentang sebaran risalah lucah yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar Sekolah akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dan Moral pelajar-pelajar pada masa akan datang.

Tn. Hj Razman Zakaria ketika ditemui berkata, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah lucah ini sememangnya sangat mudah dikenali kerana, bahan risalah bogel tersebut menggambarkan mirip seorang pemimpin politik tanahair yang terkenal. Ujar beliau, “persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini.”

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Tn Hj. Razman berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina gerombolan-gerombolan yang semakin terdesak memainkan politik kotor, lucah dan jijik sekaligus melibatkan maruah masyarakat berbilang kaum, bangsa, Agama didaerah Lenggong tercalar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan agar masysrakat islam, terutamanya ahli pas mengadakan bacaan yassin dan solat hajat pada setiap awal bulan atau tarikh tertentu sepanjang tahun bagi mengekang perbuatan sebegini agar tidak berlaku lagi, dan mereka yang cuba melakukannya pada masa depan akan menerima balasan Allah didunia lagi.

Tanpa Nama berkata...

Ape kerja Polis....Baju kuning dicari. Risalah lucah tak pandai pun nak buat tindakan. Ngaji koi...betul polis ni.