08 Ogos 2011

Rusuhan London: Lebih 100 ditahan

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON: Polis Britain menahan lebih 100 individu selepas kejadian kecurian kedai dan serangan ke atas pegawainya pada malam kedua keganasan yang tercetus ibu kota negara itu.

Sembilan polis dilaporkan cedera dalam kejadian di beberapa tempat di London, hari ini.

Bagaimanapun, kadar kerosakan yang dialami berada pada skala kecil berbanding rusuhan Sabtu lalu di Tottenham.

Timbalan Datuk Bandar London, Kit Malthouse mendakwa, aktiviti keganasan kecil itu didorong sifat tamak berbanding bimbang tindakan pihak polis.

Beliau berkata, ia kemungkinan dipengaruhi masalah sosial susulan pemulihan ekonomi di Britain dicatatkan pada momentum lembap. - REUTERS

4 ulasan:

leekonu berkata...

ni baru BERSIH 1 belum BERSIH 3 LAGI

Tanpa Nama berkata...

Kat malaysia sebanyak 1600 ditahan dalam sehari. baru perhimpunan haram. Kalau berlaku rusuhan, mungkin ada yang ditembak mati.

Tanpa Nama berkata...

bodoh yg x tau besyukur dgn nikmat keamanan yg Allah bg je suke merusuh2 ni..bepikir dgn emosi..x gune otak...menjahanamkn negare...ank cucu nt yg susah..yg merusuh..time tu dh tue x pn mati..x pk pnjg..

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang Bodoh?
Yang join perhimpunan BERSIH atau yang tak tau sbb apa org buat perhimpunan BERSIH.

Sapa yang menjahamkan negara ?
Negara memang dah jahanam, sebab tu kita kena bersyukur masih ada tangan2 yang nak selamatkan negara.

Anak cucu yang susah...?
Sblm anak2 cucu kita susah, buat masa ni pun kta dah banyak susah. Sapa yang senang...?