23 Ogos 2011

Zuraida: K'jaan tak boleh saman saya

23 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ketua Wanita PKR berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan.

"Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

malaysiakini/-

1 ulasan:

JARUM MAS berkata...

biasa ler kerajaan gila BN...YG HARAM MEREKA HALALKAN... BUAT KERJA DAJA TAPI X MENGAKU