20 September 2011

10 lagi IC palsu siri kedua didedah

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau tidak mahu menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu namun menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar.

"Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

"Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya," katanya.

Sehubungan itu juga beliau mahu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang masih membisu seribu bahasa tampil menjelaskan perkara itu kerena mereka lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: