20 September 2011

Kerani akaun, rakan disamun RM280,000

22 Syawal 1432H. [MOD] -

TAMBUN – Seorang kerani akaun, terkejut apabila kereta dinaikinya diserang dan cermin kereta hadapan dipecah kan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Tambun Permai, di sini, semalam.

Kejadian itu, menyebabkan rakannya cedera sebelum wang RM280,000 dan kereta nya dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan duit milik syarikat berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, kumpulan penjenayah lingkungan 30-an itu, menaiki kereta Proton Wira berwarna putih dipercayai melanggar belakang kereta mangsa, sebelum memecah kan cermin hadapan kereta dan menyamun wang tunai tersebut.

“Maklumat awal mendapati, pemandu kereta dikenali sebagai Shankar, 30 tahun turut cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin,” katanya.

Dzuraidi berkata, selepas merompak mangsa, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan kereta yang mereka gunakan, lalu melarikan kereta mangsa.

Difahamkan, kereta Proton Wira yang digunakan kumpulan itu, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihak polis kini giat melancarkan sekatan jalan raya dalam usaha memberkas suspek,” katanya.

sinar harian/-

Tiada ulasan: