27 Oktober 2011

Gempa berukuran 6.0 magnitud gegar Fiji

29 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SUVA, Fiji: Satu gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda wilayah Fiji kira-kira 12.15 malam tadi (waktu tempatan), menurut agensi berita Xinhua sebagai memetik laporan Pemantau Geological Amerika Syarikat.

Pusat gempa dengan kedalaman 611.9 kilometer berlaku pada 17.9142 darjah latitud selatan dan 179.4242 darjah longitud barat. - BERNAMA

Tiada ulasan: