10 Oktober 2011

NTC dakwa tawan universiti, pusat persidangan Sirte

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 10 Okt. - Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya berkata, mereka berjaya menawan universiti dan pusat persidangan di Sirte hari ini tetapi tidak melakukan serangan di dataran utama bagi membenarkan orang awam menyelamatkan diri.

Mengambil alih Sirte akan membuatkan pemimpin baru Libya semakin menguasai negara itu selepas hampir dua bulan menawan Tripoli.

Sementara itu, tentera NTC juga berjaya menguasai lapangan terbang di Bani Walid, satu antara dua kubu terakhir tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi. - Reuters /AFP

Tiada ulasan: