17 Oktober 2011

Pemandu Britain Wheldon maut di litar lumba Indy

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kereta yang dipandu Will Power (kiri) melayang di litar perlumbaan IZOD IndyCar World Championship di Las Vegas semalam.

LAS VEGAS, 17 Okt ─ Pemandu IndyCar Britain Dan Wheldon terbunuh akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan ngeri di Las Vegas Motor Speedway di sini semalam, demikian menurut penganjur.

Warga British berusia 33 tahun itu, yang tinggal di Florida, terlibat dalam kemalangan melibatkan beberapa kereta di pusingan 13 Las Vegas Indy 300, yang mengakibatkan keretanya melayang.

“IndyCar sangat sedih untuk mengumumkan bahawa Dan Wheldon meninggal dunia ekoran kecederaan parah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IndyCar Series Randy Bernard dalam satu kenyataan.

malaysian insider/-

Tiada ulasan: